Wednesday, October 29, 2008

Jauh Jenunku Jauh

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Hai. Apa Khabar? Nama saya Fatin Azwa bt. Haruddin a.k.a Iwa, cucu kepada Allahyarham Tok Wan Man. Saya dijemput oleh Saiful Adli b. Harun a.k.a. Abang Pon untuk menjadi penulis tambahan kepada blog keluarga Haji Man bin Awang ni. Maka, dengan ini saya telah cuba merajinkan diri untuk menulis entry yang pertama. Ianya mengenai Jenun, tempat yang mana saya kira bermulanya lakaran sejarah bagi keluarga ini yang tersulam nostalgia pahit manis serta memori suka duka.



Gambar di atas merupakan imej satelit yang diambil dari angkasa bukit jenun. Boleh klik sini untuk gambar yang lebih besar dan jelas.

SEJARAH JENUN

Sebenarnya saya ingin bercerita tentang sejarah Bukit Jenun, tapi malangnya saya sendiri ingat-ingat lupa tentang mitos Siam yang diceritakan oleh Allahyarham Tok Wan kepada saya dan cucu-cunya yang lain suatu masa dahulu. Seingat saya dari apa yang diceritakan, Bukit Jenun dahulunya merupakan sebuah pekan kecil yang pernah menjadi tumpuan penduduk kampung sekitar. Orang-orang kampung dari Ayer Puteh, Kampung Banggol, Kampung Bukit Jambol, dan lain-lain sering berkunjung ke Junun atau Jenun untuk menjalankan aktiviti jual-beli, sosial, dan keagamaan. Bukit Jenun juga pernah menjadi singgahan askar Jepun di masa penjajahannya.

Info ini saya dapat dari sebuah buku berjudul "Darurat" yang pernah saya baca semasa darjah 4. Nama penulis saya dah lupa tapi saya ingat lagi, buku ini sangat tebal, lebih kurang 500 muka surat. Saya ambil masa lama juga untuk siapkan bacaan. Ada satu part dalam buku tu, ada dinyatakan nama Allahyarham Tok Wan sebagai seorang pejuang yang menentang penjajahan Jepun di Pekan Bukit Jenun. Cerita penuh saya tak ingat. Tapi saya tanda muka surat ni, dan bila balik jenun, saya tunjukkan pada Allahyarham Tok Wan. Dia suruh bacakan kuat-kuat dan dia cakap dia tak ingat pun ada orang pernah datang rumah dia untuk temu ramah atau sebagainya. Dia pun hairan tapi dia cerita juga memang dia pernah tentang Jepun dengan abang dia dan saudara dia lain (mungkin dimaksudkan Tok Su 'Id, dll.)

Oleh kerana saya ni boleh dikirakan generasi baru penyambung warisan Hj. Man bin Awang, maka saya sangatlah tak tahu banyak tentang sejarah Jenun mahupun keluarga di awal era perkembanganya. Saya rasa cerita lebih terperinci boleh ditanya kepada ahli senior keluarga ni. So, kalau anda ada cerita nak share pasal Jenun dan sejarah awalnya, silalah ya... :)






LOKASI BUKIT JENUN

Menurut laman web ini, Bukit Jenun terletak di UTM : PG65 Geographical coordinates in decimal degrees (WGS84)

Latitude : 5.900
Longitude : 100.467

atau dalam degrees minutes seconds (WGS84)

Latitude : 5 54' 00''
Longitude : 100 28' 00''

Saya pun tak paham macam mana kira, tapi yang pastinya kita masih lagi berdekatan garisan Khatulistiwa yang menerima pancaran penuh matahari. Sebab itulah panas dan hujan merupakan cuaca rasmi Jenun.

Kampung-Kampung berhampiran ialah Kampong alor nan - Kampong alor parit - Kampong ayer puteh - Kampong banggol - Kampong batu hampar - Kampong batu menunggol - Kampong bukit chepat - Kampong bukit jambul - Kampong bukit pinang - Kampong bukit seni - Kampong changkat nering - Kampong charok kudong - Kampong gajah mati - Kampong kolam -


AKAN BERSAMBUNG...

Oleh kerana saya sudah kehabisan idea untuk menulis, sampai sini dahulu kita berbicara tentang Jenun. Mungkin lain kali kita boleh sambung tentang warga Jenun yang terkenal pada nama dan identiti mereka. Abah saya pernah bercerita tentang kawan-kawan sekolahnya yang ada pelbagai gelaran istimewa sempena ragam mereka. Paling saya ingat ialah "Mat Tongkang." Nanti saya tanya balik kisah Mat Tongkang ni ok.

alrite. Doanya anda semua sihat dan bahagia hendakNya. Doakan saya di sini juga selamat semuanya ok. Hingga bertemu lagi~

4 comments:

Saiful 'Adli said...

Wah baguslah info dari iwa ni... jangan lupa tulis lagi ok...

awanbiru said...

thanks bang pun :) tula tatau nak tulis apa nanti iwa sambung inshaAllah. Bangpun la tulis pengalaman pasai jenun dulu2 ka.. hehe

raji said...

good work. cuma cerita sejarah cerita pasai tokwan tu agak keliru. komunis kut bukan jepun.

raji said...

allahyarham tokwan memang bertokoh. hati baik futuristik. semoga mendapat tempat sebaiknya disisiNYA
amin