Saturday, December 13, 2008

Team Jenun di Pulau Aman

10 disember 2008, bertempat di Pulau Aman Seberang Perai Selatan, kami berpakat untuk beriadah di sanaaaa... pukul 6.58 pagi Che Amat hantar sms..."team jenun telah selamat bertolak dengan 2 buah kereta..roger"...kami dari terap masa tu pun sudah siap siaga untuk bertolak sama ketempat pertemuan.. tol bukit tambun tepat jam 8.30 pagi.. sempat lagi singgah beli 20 ekor ikan terrrrmenung.. untuk sebahagian acara bbq nanti...

Ini gambar jam 5.30 ptang time nak balik... team ni kena tinggai bot yang pertama... bangpun terpisah sekejap ngan kak dora menyebabkan dia sampai sengal tangan pasai memangku pia yang terlenaaaa atas bot

9.00 pagi... baru sampai di jeti untuk ke pulau aman... semua tengah excited nak naik bot...

12.30 tgh.. hampir habis bakar ikan... sambung ngan bakar ayam.. ni tinggal kepala saja jenahak ni sebab yang badan sudah abih kena ratah.. ha ha

Aktiviti berkayak... 2.00 ptg hingga 4.30 ptg... semua yang teringn berkayak semua dapat rasa... eam tu dapat naik 2 kali ronda pulau dahhh

Acara kegemaran kanak-kanak... main air

Bergambar mengubat hati kecewa kerana ditinggal bot yang awal...

Budak2 ni enjoy sungguh naik bot... takda yang takut pun.. dulu eam masa mula naik bot di pantai merdeka.. menangis tak bersuara terketag-ketag takut nak naik bot ke tanjung dawai... depa ni steady lah...

Mak bersama-sama deengan 2 menantu dan cucu-cucunya... masih di jeti batu kawan menanti dreba bot

Sarapan di jeti batu kawan...selesa, sedap dan murah saja...

KAt sini kena jaga anak2... kabel tu bukan rapat sangat boleh terperluih

Friday, December 12, 2008

Sambutan Aidil Adha 2008

Kak Za.. malu2 sungguh tu yang payah ada gambag dia...

Menanti masa makan...

Pak Chik Johan... bergaya sebentar

Tu dia .. Paknjang dan Pakngah Lah...

Abang Ya.. mengetuai tahlil.. eh bukan.. Tok Imam la sebenagnya..
Aiii.. apa dah jadi ngan daging korban ni????
Macam pandai ja nak melapah dua paha lembu ni.. ada ka diserah pada kami yang terlalu berpengalaman nih...

Ini lah antara lembu yang telah dikorbankan pada hari raya korbaan ni

Peserta-peserta korban, tersenyum kambing
Ni lah dia hero kita tahun ni... hensemmm

Wednesday, October 29, 2008

Jauh Jenunku Jauh

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Hai. Apa Khabar? Nama saya Fatin Azwa bt. Haruddin a.k.a Iwa, cucu kepada Allahyarham Tok Wan Man. Saya dijemput oleh Saiful Adli b. Harun a.k.a. Abang Pon untuk menjadi penulis tambahan kepada blog keluarga Haji Man bin Awang ni. Maka, dengan ini saya telah cuba merajinkan diri untuk menulis entry yang pertama. Ianya mengenai Jenun, tempat yang mana saya kira bermulanya lakaran sejarah bagi keluarga ini yang tersulam nostalgia pahit manis serta memori suka duka.



Gambar di atas merupakan imej satelit yang diambil dari angkasa bukit jenun. Boleh klik sini untuk gambar yang lebih besar dan jelas.

SEJARAH JENUN

Sebenarnya saya ingin bercerita tentang sejarah Bukit Jenun, tapi malangnya saya sendiri ingat-ingat lupa tentang mitos Siam yang diceritakan oleh Allahyarham Tok Wan kepada saya dan cucu-cunya yang lain suatu masa dahulu. Seingat saya dari apa yang diceritakan, Bukit Jenun dahulunya merupakan sebuah pekan kecil yang pernah menjadi tumpuan penduduk kampung sekitar. Orang-orang kampung dari Ayer Puteh, Kampung Banggol, Kampung Bukit Jambol, dan lain-lain sering berkunjung ke Junun atau Jenun untuk menjalankan aktiviti jual-beli, sosial, dan keagamaan. Bukit Jenun juga pernah menjadi singgahan askar Jepun di masa penjajahannya.

Info ini saya dapat dari sebuah buku berjudul "Darurat" yang pernah saya baca semasa darjah 4. Nama penulis saya dah lupa tapi saya ingat lagi, buku ini sangat tebal, lebih kurang 500 muka surat. Saya ambil masa lama juga untuk siapkan bacaan. Ada satu part dalam buku tu, ada dinyatakan nama Allahyarham Tok Wan sebagai seorang pejuang yang menentang penjajahan Jepun di Pekan Bukit Jenun. Cerita penuh saya tak ingat. Tapi saya tanda muka surat ni, dan bila balik jenun, saya tunjukkan pada Allahyarham Tok Wan. Dia suruh bacakan kuat-kuat dan dia cakap dia tak ingat pun ada orang pernah datang rumah dia untuk temu ramah atau sebagainya. Dia pun hairan tapi dia cerita juga memang dia pernah tentang Jepun dengan abang dia dan saudara dia lain (mungkin dimaksudkan Tok Su 'Id, dll.)

Oleh kerana saya ni boleh dikirakan generasi baru penyambung warisan Hj. Man bin Awang, maka saya sangatlah tak tahu banyak tentang sejarah Jenun mahupun keluarga di awal era perkembanganya. Saya rasa cerita lebih terperinci boleh ditanya kepada ahli senior keluarga ni. So, kalau anda ada cerita nak share pasal Jenun dan sejarah awalnya, silalah ya... :)






LOKASI BUKIT JENUN

Menurut laman web ini, Bukit Jenun terletak di UTM : PG65 Geographical coordinates in decimal degrees (WGS84)

Latitude : 5.900
Longitude : 100.467

atau dalam degrees minutes seconds (WGS84)

Latitude : 5 54' 00''
Longitude : 100 28' 00''

Saya pun tak paham macam mana kira, tapi yang pastinya kita masih lagi berdekatan garisan Khatulistiwa yang menerima pancaran penuh matahari. Sebab itulah panas dan hujan merupakan cuaca rasmi Jenun.

Kampung-Kampung berhampiran ialah Kampong alor nan - Kampong alor parit - Kampong ayer puteh - Kampong banggol - Kampong batu hampar - Kampong batu menunggol - Kampong bukit chepat - Kampong bukit jambul - Kampong bukit pinang - Kampong bukit seni - Kampong changkat nering - Kampong charok kudong - Kampong gajah mati - Kampong kolam -


AKAN BERSAMBUNG...

Oleh kerana saya sudah kehabisan idea untuk menulis, sampai sini dahulu kita berbicara tentang Jenun. Mungkin lain kali kita boleh sambung tentang warga Jenun yang terkenal pada nama dan identiti mereka. Abah saya pernah bercerita tentang kawan-kawan sekolahnya yang ada pelbagai gelaran istimewa sempena ragam mereka. Paling saya ingat ialah "Mat Tongkang." Nanti saya tanya balik kisah Mat Tongkang ni ok.

alrite. Doanya anda semua sihat dan bahagia hendakNya. Doakan saya di sini juga selamat semuanya ok. Hingga bertemu lagi~

Tuesday, October 14, 2008

Maknjang Nah

Dari kiri... Paknjang (di balik pintu), Pakndak, An, Syam, Shahrir, Nur Asiah,
Makndak, Ilya, Allahyarhamah Maknjang Nah, Nini dan Haris

Sunday, May 25, 2008

Mashitah

Pasangan Mashitah dan Johan Abdullah bersama anak-anak..
dari kiri Mohd Usaid, Umair dan Ummi
Tempat Tinggal : Bandar Laguna Merbok, Sg. Petani Kedah

Haruddin

Pasangan Haruddin dan Siti Aminah
serta 2 orang putera mereka Haris dan Azhan.
Tiada di dalam gambar ialah Fatin Azwa

Hajjah Mariah

masih dalam mencari gambar dan data... kepada yang berkenaan kirimkan gambar dan labelkan ke abadia70@yahoo.com atau abadia70@gmail.com atau add photo dalam album di profile dan group Keluarga Tok Man bin Awang di www.facebook.com

Hajah Rokiah

masih dalam mencari gambar dan data... kepada yang berkenaan kirimkan gambar dan labelkan ke abadia70@yahoo.com atau abadia70@gmail.com atau add photo dalam album di profile dan group Keluarga Tok Man bin Awang di www.facebook.com

Harun Bin Man


Hj Harun Bin Man, dilahirkan pada 1938,
telah memilih Hajjah Asma binti Dahaman sebagai isteri
dan dikurniakan 9 orang cahaya mata iaitu
Haliza, Hazni, Ahmad Raji, Ahmad Munadi, Saiful 'Adli, Hasmawati
Mohd Azimi. Hasniza dan Norwizana serta seorang puteri dari
perkongsian hidupnya dengan seorang lagi isteri dinamakan
Puteri Fataharyati binti Harun.






Gambar bersama 4 keluarga anak-anak iaitu Saiful, Hasmawati,
Mohd Azimi, Hasniza dan Norwizana


Pasangan Haliza dan Jahaya (Chaq)
bersama anak-anak iaitu Asilah dan Aniyah
keluarga hazni dan abdul manaf... tiada gambar lagi daaa
Abdul Mujib, Maisarah, Abdul Munif dan Wardina




Keluarga Raji dan Nani (Lang)
bersama anak-anak Aina, Aida, Alia, Raji, Nani dan Afiq
Tempat tinggal : Pendang Kedah



Keluarga Ahmad Munadi dan Sharni (nJang)

Dari kiri Nana, Sharni, Haniff, Hafiy, Munadi dan Munirah

Tempat tinggal : Seberang Jaya Pulau Pinang



Pasangan Saiful dan Sandora (Ndak) dan anak-anak..
Dari kiri; Ilham, Saiful, Diyana, Sandora, Safia dan Faiha
Tempat tinggal : Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal SPS Pulau Pinang




Pasangan Hasmawati dan Balya (Teh)

Dari kiri Huda, Hasmawati, Balya, Haifa, Husna, Haziqah

Tempat tinggal : Sg Siput Perak




Pasangan Mohd Azimi dan Nur Effa (Tam)

Dari kiri Nur Effa, Nabihah, Azim dan Mohd Azimi

Tempat tinggal : Bukit Beruntung Rawang Selangor






Pasangan Hasniza dan Fadlie (Chik) bersama

anak-anak... Eisya, Fasihah dan Fadly Hanif

Tempat Tinggal : Politeknik Arau Perlis





Pasangan Norwizana dan Ahmad Shobirin.. (Su)

Ahmad, Shuhada, Norwizana dan Indah

Pasangan Puteri Fataharyati dan Din (Chu)

Dari kiri Amirul, Salma, Puteri dan Din







Hj Man Bin Awang





Haji Man @ Othman @ Osman @ Mat Saman bin Awang


sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga... beliau adalah seorang pesawah, peladang getah, pemandu kereta lembu, pemandu kereta sewa, mekanik, tukang kayu, aktivis masyarakat dan seorang patriot.












Beliau telah berkahwin dengan Hajjah Teh binti Abdullah (Tok)

Di dalam gambar ialah Tok dengan cucu-cucunya iaitu Hasmawati, Norwizana, Azimin dan Hasniza di rumah Pak Long Harun, Jenun.




























Hj Man bersama isteri dan anak-anak tersayang
Barisan belakang dari kiri...Harun (Long), Hj Man (Tokwan), Hjh Teh (Tok), Rokiah (Ngah).
Barisan hadapan ... Mariah (Lang), Hadnah (Njang), Mashitah (Chik) dan Haruddin (Ndak)

Gambar kenangan bersama cucu-cucu generasi terawal iaitu sekitar tahun 1975...